Sunday, June 15, 2008

Bising Bising Buat Apa

Antara tujuan aku menulis blog ni ialah sebab bila aku masuk blog TDM dan tulis komen tak pernah keluar.

Hari ni Tun bising bising pasal press freedom. Masa zaman Tun memerintah Tanah Melayu pun gambar dia tiap tiap hari masuk paper. Malam berita perdana keluar lagi. Cuma zaman tu blogging belum nak popular. Tapi bila time zaman Pak Lah jadi PM Tun bising pasal press freedom.

Bagi aku negara macam kita bagus jugak kita sekat media freedom. Press ni kebanyakkan menipu atau cuba deceive penonton untuk mempercayai sesuatu. Macam agensi-agensi berita. Banyak berita yang di sampaikan ialah 1 sided sahaje untuk memenuhi kepentingan diorang. Contoh dalam CNN, bila ada letupan bom, di mana mana dalam dunia, mula-mula orang Islam di persalah kan. Al Jazeera, pulak akan buat meluas bila Israel bom Palestine, atau bila Israel buat penempatan baru. Kalau tengok cara TDM menulis mungkin dia lebih banyak tengok CNN. Pak Lah pulak mungkin tertido bila tengok berita.

Yang aku nak bagi tahu hari ni, seorang pemberita Al Jazeera, Sami AL Hajj pernah di tahan di Kem Tahanan Guantanamo selama 6 tahun tanpa bicara. Sebabnya kerana dia di tuduh menemuramah Osama Bin Laden. Pointnya, di seluruh dunia tidak ada kebebasan sebenar media massa. Walaupun di negara seperti Amerika, yang kononya memberikan hak Freedom of Speech dan ini termasuk dalam rukun negara diorang.

Hari ni baru kita nak kecoh pasal press freedom buat apa. Yang baiknya tak banyak sangat. Contoh macam di Indonesia, gerakan Islam liberal berkembang maju, pasal diorang sekarang sudah mula mengamalkan total press freedom. Sebagai hasilnya, hari ini di Indonesia, kita dapat tengok ramai ustazah dalam TV diorang tak pakai tudung, lepas tu pakai jeans ketat.

Kalau kita tambah lagi press freedom dalam Malaysia, mungkin orang Melayu lebih berpecah belah. Sekarang pun orang Melayu dah ramai yang taknak ambik peduli pasal politik dan UMNO. Yang masuk dalam parti Keadilan, turut sama memperjuangkan persamaan hak antara bangsa bangsa yang bermestautin di Malaysia. Yang masuk PAS sibuk nak kata orang lain kafir dan sekular. Tapi aku nak tanya, bila PAS join dengan Keadilan dan DAP pasal apa diorang tak jadi sekular pulak. Pelik la.

Yang aku pelik pasal TDM ni kenapa dia tidak boleh mencontohi, L.K.Yew. Senyap senyap sudahla. Bagi support di belakang tabir. Buat apa nak kecoh kecoh. Orang Melayu Malaysia, masih ok. Kita agak maju. Hari ini dasar ekonomi Melayu agak berjaya, walaupun tidak berapa cemerlang. Kalau dulu kita cukup susah nak tengok kedai kedai Melayu. Tapi hari ni kedai Melayu dah ada banyak. Walaupun tak sebanyak diharapkan tapi ada la jugak. TDM kecoh kecoh sebab ramai orang Melayu yang masih sokong dia. Dan akan ramai yang tak sokong UMNO. Sbb diorang pikir UMNO ni Pak Lah punya.

Family dia kaya pasal Politik itu adatla. Takpa la diorang kaya dapat projek projek apa pun. Buat apa kita nak dengki. Mintak mintak diorang ingat nak bayar zakat sudah la dan bantu orang miskin, mualaf dll. Dapat tolong orang Islam lain. Lagipun bila diorang kaya harta diorang bukan boleh bawak mati. Allah nak ambik nyawa bukan kita nak tahu bila.

Ada yang hidup lama. Lagi lama hidup lagi banyak cerita. Takut takut bertambah dosa. Yang tinggal nanti merana. Sebab sekarang yang lama tak puas hati dengan nakhoda yang baru. Dia pun terjun. Nakhoda baru kena psiko dengan Nakhoda lama sudah tak boleh tahan. Nak kasi naik lagi Nakhoda baru. Nakhoda baru belum tentu. Kapal dah teruk dilanda ombak. Tak lama lagi lanun nak serang. Yang dah terjun, naik kapal lain serang kapal lama. Mampuih la kapal lama.

No comments: