Sunday, June 15, 2008

Adakah Kita Bodoh?

Dalam kemelut segala kenaikkan harga minyak dsbg. Jumlah kauorang yang menentang dan mengambil tindakan untuk tidak lagi menyokong UMNO semakin bertambah.

Tapi bukan aku. Aku masih tetap memikirkan orang Melayu belum mampu hidup tanpa UMNO. Hari ini ramai kawan kawan yang komplen pasal kenaikkan harga minyak. Ada pulak yang nak boikot Petronas. Ada yang tuduh PM nak meminjam dari tabung IMF Amerika.

Aku pulak rasakan kenaikkan harga minyak ada kewajarannya. Kalaulah aku kerja dengan Petronas mesti aku tak puas hati gila. Hari ini bila kita bagi subsidi guna duit Petronas, kita akan ambik keuntunggan dari Petronas dan guna duit keuntungan ini untuk bayar syarikat minyak lain macam Shell, Caltex dan Esso. Diorang lah yang untung. Kenapa kita tak pernah persoal keuntungan syarikat minyak lain macam Shell, Esso dan Caltex. Mereka juga ada kilang penapisan di Malaysia. (Aktiviti cari gali aku tak tahu foreign company ada involve ke tak?) Habis camana nak hidup. Inikah di panggil fair competition. Tapi kauorang yang bangang ni masih ramai yang isi minyak dengan syarikat kepunyaan Yahudi, duduk di Amerika.

Bila kita nak bising harga minyak naik, kita kena fikir dalam dunia ada ke Syarikat melayu/ Islam yang aktif menjalankan kegiatan cari gali di negara negara "baru" spt Somalia, Sudan. Petronas kalau tak salah aku telah di awardkan dengan blok-blok cari gali di negara negara tersebut. Kalau kita terus pressure kerajaan untuk naikkan subsidi minyak supaya kita dapat beli minyak dengan harga murah. Mungkin kita dapat selesaikan masalah kewangan kita pada hari ini. Tapi dapat kan kita keuntungan untuk jangka panjang. Anak anak kita esok nak makan apa? Mampukah mereka nikmati apa yang kita nikmati hari ini, atau terpaksakah mereka hidup dalam kesusahan. Lu pikirla sedri.

Hari ini kita bising bising harga minyak naik, tapi aku pikir kalau kauorang nak jimat masih boleh. Kalau nak jimat potonglah Astro. Esok, dapat makan nasi ke tak kita belum tahu. Kalau kauorang pikir, bangsa lain dah memang lama dengki dengan Petronas. Aku pernah dapat email dari orang bukan melayu, mintak kita boikot Petronas ramai ramai. Diorang memang dah lama dengki dengan Petronas, sebab dasar Petronas bagi kebanyakkan bisnes kepada orang melayu. Tapi sekarang orang melayu lah yang bangang, mintak duit dari Petronas poie bagi kek orang lain. Kan bangang namo eh tu.

Kalau kau orang pikir, belum ada dalam dunia satu Syarikat cari gali yang di punyai oleh orang Islam (termasuk di negara Arab) yang besar dan bejaya macam Petronas.

Aku yang sakit hati dengan Petronas ini dua bondo jo. Kauorang yang dalam Petronas ni kebanyakkan nya orang Melayu Malaysia. Tapi bila iklan dalam TV kau masuk gambar kereta BMW dan kereta luar. Masukkanlah gambar kereta Malaysia. Lepas tu kau bagi perempuan seksi pakai baju singkat jadi model kauorang. Jangan lah jadi bangang. Ambilah model Melayu pakai baju kurung baru lah jadi kauorang punya pit girl. Baru jadi. Kau ikut orang putih buat apa.

Kalau kauorang pikir lagi kerajaan gagal membangun orang Melayu, baik kauorang pikir balik. Hari ini dalam dunia Islam, takde syarikat kereta milik orang Islam dalam dunia ni. Tapi Malaysia ada 2. Proton dengan Perodua. Naza pu boleh kira sekali la. Negara Islam lain takdo innovatif macam Malaysia ni do. Cuba pikir syarikat syarikat ni siapa punya. Pak pak Arab di Negara Arab sibuk import kereta mewah dari Amerika. Tapi kita orang Melayu Islam Malaysia, mampu buat kereta sendiri. Tak bangga ke. Ini lah usaha kerajaan, dimulakan oleh Tun Mahathir. Orang apa? Orang UMNO dulu ni.

Dalam aku sokong kerajaan aku tak setuju pulak pasal pasal yang berikut? Apa pasal orang bukan Islam boleh ambik lesen Takaful. Syarikat macam Prudential, Hong Leong (own by Bank of Amerika, kalau tak salah aku), dan beberapa lagi Syarikat asing boleh ada lesen Takaful. Apa pasal kerajaan sekarang ni bodoh sangat bagi lesen Takaful pada syky sykt ni. Dah lah tu, masa aku buat survey check dalam internet. Etiqa, ada ramai director dari Belanda. Adakah Etiqa ni kepunyaan Belanda. Masihkah kita bodoh nak bagi Belanda masuk Malaysia. "Becareful of teh Deutch even when they bring gifts".

Setakat tulah aku nak tulis hari ni. Banyak dosa aku hari ni.

No comments: